awak awak saya tak reti tulis ayat ayat cinta wak. walaupun tengah belajar jiwang miwang ni, tapi saya still reti kopi paste je awak. ni untuk awak. tapi saya still cuba blajar ye wak.
Hai awak!
Awak..awak..biawak, saya nak bagitahu ni. Saya tengah bahagia tahap hospital bahagia ni. Selalu saya sengih sorang2. Tepi bas, tepi jalan raya, tepi jamban, dan tepi kain orang. Hendak buat macamana, saya sudah jumpa Cik Kanan saya. Cik Kanan saya cantik. Saya suka cakap muka dia macam ular. Eksotik. Tapi dia tak kisah. Kalau dia kisah pun, ada saya kisah. Eh eh.. Sah2 saya kisah..saya kisah. kehkeh.
Awak..awak..biawak, saya nak bagitahu ni. Saya happy gile tahap orang gile. Semua benda saya nak tambah gile kat belakang. Saya sayang gile kat dia. Saya rindu gile kat dia. Mudah cite, memang dia gile la. Eh tak tak. Dia tak gile. Tapi dia gile jugak la kadang2. Sebab tu saya sayang gile kat dia. kehkeh.
Awak..awak..biawak, saya nak jaga awak baik2. Sebab itu tadi saya isi borang jadi jaga. Orang kata, bila saya jadi jaga, saya boleh jaga awak baik2. Kalau tak, saya jaga awak jahat2. Awak nak saya camtu? Mesti tak nak kan. Kan? Jadi saya jaga awak baik2 la.kehkeh.
Awak..awak..biawak, saya janji akan jadi seorang yang setia seperti kereta satria.Walaupun maksudnya sangatlah berbeza, tapi dari saya kata seperti satria kebaja hitam, mesti awak terasa kan. Saya taknak awak terasa. Jadi saya taknak cakap benda2 ada warna hitam. Tapi saya suka tengok awak pakai baju warna hitam. Rasa comel dan cute. Nampak hitam orang kata. Tapi baju saja hitam. Hati awak putih gile. Betul saya tak tipu.kehkeh.
Awak..awak..biawak, akhir kata, saya sayang sangat sesangat kat awak. Walaupun saya kerek gile dalam blog ini, tapi saya tahu, awak mesti dapat baca apa yang tersirat kan? Sebab awak adalah saya, dan saya adalah awak. We're both meant to be together. Kan saya dah cakap omputih. Ok wak, I lap u always.
Yang benar dan ikhlas,
Pakwe awak yang tak berapa nak benar, tak berapa nak ikhlas.
p.s:Hehe,just kidding my dear.:P
sayang awak :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment